*iklan*

lovaahhhh!

Selamat Datang~..

Showing posts with label *Resepi*. Show all posts
Showing posts with label *Resepi*. Show all posts

Thursday, January 17, 2013

3 Langkah Kekal Segar

Hye, kome ape khabo?haha..kua ayat perak dh...act kali ni nak post pasal tip jugekkkk..hehe..Ada sape2 yang tengah penat dan lesu sila angkat kening *mcm ziana zain*..ha nampak nya ramai yang xberapa segar...so aq nak bagi 3 tips la,yang selalu aq amalkan...hehe..2x5 la kite..so baik kita teros ke point pertama..

1. LELAPKAN MATAMU..
Haha...sah ang gila..ayat cam ape ntah tapi ni betol tau?lelapkan mata korang sekurang-kurannya 1/2 jam pada waktu lunch korang..haha aq kdg2 dekat 1 jam..ape2 pon ikot korang la,lunch time kan kejap,aq tak kisah bab makan ni...hehe..Tidur sekejap mampu menyegarkan tubuh korang..haa tunggu ape lg,cuba la..

2. HIRISAN LIMAU/LEMON..
YA, jus diatas mampu memberikan kesegaran untuk tubuh korang..sebaiknya korang minum segelas pada waktu pagi agar korang lebih segar dan bersemangat.

3.DEDAHKAN CAHAYA PAGI..
Sebaiknya bersarapanlah di tepi tingkap pada waktu pagi..Ia akan membenarkan cahaya masuk ke tubuh anda dan menyekat melatonin , iaitu hormon yang memberikan isyarat untuk tidur..

So tunggu apa lagi cubalah...

k bye

Tuesday, September 25, 2012

Header Lagi kan..?

assalamualaikum..selamat petang semua..ptg ni aq juz nak update 2 header untuk blogger fav aq..hehehe..so sape2 nak header just klik add fwen k?


                                                       ni kak yani...sila tgk k?nti i send kat u k..

ni lak cik sepet

hahaha..ni cik puan punye...


sape2 nk header sila tglkan msg n add sy k?bye

Tuesday, September 11, 2012

F&N Buah-Buahan Flashy Fruitade





Hye korang haus x?? aq pon..bila time dahaga macam ni sudah pasti korang mahukan sesuatu air yang sejuk, fresh dan sedap. So aq nak kongsi resepi F&N Buah-Buahan Flashy Fruitade dengan korang..jom mulakan..

3 kg gula pasir (3 kampit)
1 botol kecil pati oren sunquick (500g nak ori oren)
1 botol esen pisang
½ botol pewarna hijau (nak selain pandang..elok yang xda bau pape)
Air secukupnya.

Cara Memasak:
1. Ambil periuk, masuk sedikit air dan tuangkan 3kg gula pasir itu tadi. Masak dengan api yang sederhana. Kacaukan.
2. Apabila memdidih perlahankan api. Masuk pati oren sunquick tadi. Biarkan mendidih.
3. Masuk pewarna hijau. Kacau dengan perlahan.
4. Akhir sekali, masuk esen pisang. Tutup api dan biarkan sejuk.
5. Sedia untuk dibancuh bersama air dan sedikit ais.




MENU HARI INI :)

Assalamualaikum semua, korang sihat x?hope korang sihat2 selalu..mane yang x sihat tu rajin2 la makan ubat k?semoga cepat sembuh. So aq xnak banyak merapu, kadang2 orang x suke kan? K aq nak kongsi beberapa resepi ngan korang, aq xda la pandai masak tapi aq rajin belajar masak..so ape tunggu lagi, jom main masak2…



MENU PERTAMA

IKAN SIAKAP 3 RASA


Bahan-bahan:

1 ekor ikan siakap di cuci bersih (besar)
3 ulas bawang putih  (ditumbuk)
3 biji cili padi (diketuk)
2 sudu sos cili
½  sudu sos tomato (kalau nak tomato pure lagi baik)
4 sudu sos tiram
gula dan perasa..

Bahan-bahan Hiasan:
½ biji bawang dipotong dadu (kalau nak letak banyak pon boleh)
½ inci halia dipotong halus (halia jgn diblen nanti pahit)
sedikit cili merah dan hijau (dihiris)
nenas (dipotong dadu)
tomato (dipotong 6)



Cara Memasak:
1. Gaulkan ikan siakap bersama kunyit dan garam, gorengkan. Tos.
2. Tumiskan bawang putih dan cili padi bersama-sama sos tadi.
3. Ambil sedikit air dan bancuh bersama tepung jagung (kalau dah melekat n likat xperlu letak tepung jangung dah) dan masuk ke  
    dalam kuali .
4. Masukkan sedikit gula dan garam serta bahan hiasan tadi. Kacau sampai masak.
5. Padamkan api dan tuang kuah ke atas ikan tadi




                                
                                YUMMY..YUMMY~ SELAMAT MENCUBA...!





SAMBAL TEMPE IKAN BILIS

1 kampit tempe (dipotong nipis)
Sedikit ikan bilis
Sedikit kacang tanah
2 biji kentang   ( juga dipotong)
3 sudu cili puteri
1 bawang besar (dipotong melintang)
2 ulas bawang putih
Sedikit gula dan kunyit
Minyak masak

Cara Memasak:
1. Gaulkan tempe dengan kunyit dan sedikit garam, gorengkan bersama ikan bilis dan kacang tanah sampai garing dalam kuantiti 
    minyak yang banyak . Toskan.
2. Keluarkan sedikit minyak tadi. Tumiskan bawang2 tadi bersama cili puteri dan gula. Masuk sedikit air.
3. Bila cili sudah kering masuk bahan yang ditos tadi seperti tempe, ikan bilis dan kacang tanah. Kacau rata.
4. Padamkan api. Sedia dimakan sebab kalau sejuk x rangupla kan?.. 
























                   
                       NI LA FAV BF I..SO APE LAGI JOM MASAK...! HEHEHE..

Wednesday, August 8, 2012

Resepi Ramadhan :Ayam Percik

assalamualaikum..selamat berpuasa semua..aq nak tunjuk lagi 1 resepi paling aq suka,korang pon mesti suka jugak kan...?tak usah tipu aq la..huhu..AYAM PERCIK, pasti korang cakap dalam hati "alah banyak berlambak kat bazaar ramadhan" isyhh3..ape salahnya kalau kita cuba buat bukan susah sangat pon, modal pon tak banyak kan?selain tu pada anak dara tu leh bagi bf ke tunang ke tak pon bakal mak mertua tapi mane yang dah kahwin, ni lah rahsia tambat hati suami n anak2 coz air tanganmu sangat berkat tol tak?

so aq malas nak taip panjang lebar coz aq lebih suka straight to da point kan..resepi ni aq dapat kat mak aq sendiri n aq juga telah mencubanya..sedap banggggatt!


Bahan-bahan:

½ ekor ayam
1 biji bawang besar  *
3 ulas bawang putih  *
2 gram kunyit hidup  *
2 gram buah keras    *                
3 biji cili merah       *              
3 batang serai         *
1 sudu makan halia    *
6 biji cili padi         *
garam secukup rasa
gula ecukup rasa
200 ml santan

(bertanda * perlu dikisar )       



Caranya:

1.    Panaskan minyak masak di dalam kuali kemudian tumiskan bawang putih agar wangi.
2.    Masuk bahan-bahan yang dikisar tadi dan tumiskan.
3.    Masuk gula  dan garam secukup rasa.
4.    Masuk air bersama santan.
5.    Kemudian masukkan daun kunyit dan kacau seketika kemudian angkat .
6.    Ayam hendaklah disapu kunyit dan dibakar sehingga ia masak.
7.    Akhir sekali tuangkan kuah yang telah dimasak tadi ke atas ayam yang telah dibakar.
8.    Sedia dihidang



tadaa.......


Resepi Ramadhan :Ikan kukus Tomyam

assalamualaikum semua..maaf lame x update blog coz bz sangat,owh ya..harap tak terlambat untuk aq ucapkan SELAMAT BERPUASA kepada semua pembaca blog aq..hehehe..puasa ke tidakk?? ok la..aq tak nak berceloteh banyak-banyak..so today i nak tunjuk korang cara nak buat IKAN KUKUS TOMYAM dari aq k?sedap kan?malah ia juga berkhasiat..



ha tu dia...........


                         YUMMMMMMMMMMMMYYYYYYYYYYYYYYYYY!!



Bahan A

1 ekor ikan bawal
50 gram pes tomyam

Bahan B
2 cm halia
3 biji bawang putih (dihiris halus)
3 biji cili api (dihiris halus)
1 biji bawang besar (dihiris halus)
1 biji cili merah (dihiris halus)
2 batang serai (diketuk)
1 biji buah tomato (dibelah 6)
1 biji limau nipis (diambil jus)
50 gram pes tomyam (secukup rasa)
garam (secukup rasa)
500 ml air

Cara-cara:

1. Perap ikan bawal bersama pes tomyam selama 20 minit dan kukus ia selama 15 minit   (sampai masak).
2. Untuk sos pula, masuk semua bahan B itu tadi ke dalam kuali dan masak sampai kuahnya menjadi pekat.
3. Bila kuah menjadi pekat, tuangkan ke atas ikan yang dikukus tadi