*iklan*

lovaahhhh!

Selamat Datang~..

Showing posts with label *Novel Karyaku*. Show all posts
Showing posts with label *Novel Karyaku*. Show all posts

Friday, June 15, 2012

Cerpen Si Gadis Sunti

Mata Dhia memandang ke arah jam di dinding.  “dah pukul 1.00 pagi, kenapa aku tak boleh tidur ni..” keluhan hati Dhia, sepatutnya waktu itu dia sudah dibuai mimpi tetapi entah mengapa malam itu Dhia mengelamun panjang hingga ke pagi. Dhia seolah-olah sedih dan binggung mengenangkan nasib akan dirinya, airmatanya mengalir deras disamping memeluk potret ibu dan ayahnya.

Dhia seorang gadis yang sangat cantik  periang, bijak dan mempunyai tarikan yang tersendiri sehingga mampu memikat si jejaka. Tamat sekolah menengah adalah impian Dhia kerana baginya menjadi pelajar adalah membosankan dan membebankan, tambahan pula matapelajaran yang susah membuatkan Dhia berfikiran sebegitu. Banyak pengalaman dan pengetahuan yang dia pelajari di sekolah itu dan itu termasuk  hatinya terluka dek cinta pandang pertama di situ.

Selepas tamat SPM, Dhia masuk kea lam pekerjaan walaupun dapat tentangan dari keluarganya, beberapa kali Dhia tertengkar dengan orang tuanya angkara mahu bekerja namun melihat kesungguhan Dhia, akhirnya dia direstui untuk bekerja. Pengalaman, kawan-kawan serta kemewahan Dhia kecapai selama 1 tahun lebih berakhir apabila ibu dan ayahnya memaksa dia untuk menyambungkan pelajaranya di sebuah kolej. “argh! Ala Dhia tak nak belajar lagi, otak Dhia tak boleh study dah..Dhia mahu kerja boleh kumpul duit..ayah..!” bentak Dhia, ayahnya hanya menggelengkan kepala melihat anaknya itu. “ape yang Dhia mampu beli?gaji Dhia takkan mampu tanggung Dhia nanti..sekarang Dhia budak lagi Dhia tak paham…sudahlah, keputusan ayah muktamad! Dhia jangan nak bantah atau Dhia nak ayah hukum Dhia..?! ” tegas ayahnya sambil bangun menuju keluar rumah. “Ibu!” Dhia memeluk ibunya yang duduk disebelahnya…ibunya hanya mampu diam kerana dia hormat akan keputusan suami.

Hari makin mencemburuinya, sisa-sisa waktu bersama kawan-kawan dihargai, Dhia yang terpaksa memenuhi permintaan ayahnya untuk menyambungkan pelajaran. Mila, Ema, Nadya dan lain-lain pasti terasa akan kehilangan Dhia, gelak tawa dan gurau senda Dhia akan tidak lagi kelihatan. Dhia memeluk kawan-kawanya.. “Korang..Dhia minta maaf tau?Dhia terpaksa ikut cakap ayah Dhia..Dhia tak mahu derhaka..korang jangan lupa contact Dhia tau?Dhia mesti bosan jauh dari korang..” Dhia mengalirkan airmatanya..lalu Mila memegang erat tangan Dhia sambil berkata “Dhia belajar rajin-rajin tau?nanti jangan lupa kami kat sini..kalau Dhia cuti call la kami boleh keluar..kami sayang Dhia..” pelukan semakin erat, seerat kasih sayang antara persahabatan mereka..kata-kata semangat kawan-kawan mengiringi perjalanan Dhia ke kolej.

Pada pagi itu Dhia bangun awal awal, perjalanan rumahnya menuju ke kolej barunya mengambil masa 4 jam, tambahan pula sesi pendaftaran pelajar seawal 8.00 pagi hingga 11 pagi, bimbang terlewat sampai ke kolej memaksa mereka keluar rumah 6 pagi..3 beg yang berisi pakaian dan barangan Dhia dimasukkan ke dalam bonet kereta..perjalanan diteruskan, ayahnya memandu kereta dengan cermat, hari bekerja sudah pastinya pagi jalan sesak. “Dhia, kat kolej nanti jangan keluar-keluar, jangan lupa solat..jaga kelakuan k?nanti jauh ngan ibu dan ayah..kami tak tahu keadaan Dhia kat sana..” ujar ibu Dhia. Dhia hanya mengangguk kepala tanda memahami pesanan ibunya itu. Selesai pendaftaran dan mendapat tempat tinggal yang sempurna, semua ibubapa berangkat pulang termasuklah ibu dan ayah Dhia, Dhia menangis tanda dia tidak sanggup berjauhan dari ibu ayahnya, namun tangisannya tidak diendahkan kedua orang tuanya itu sambil melambaikan tangan tanda perpisahan sementara, lambaian tangan mereka berakhir apabila kelibat kereta ayanhnya tidak lagi kelihatan. Sepanjang petang itu Dhia menung dan menangis. Kawan sebilik Dhia, Aqila memandang arah Dhia namun tidak diendahkannya.

“Awak..jom kita pergi makan?kawan-kawan lain sudah tunggu awak diluar.” Aqila menyapa.  “Aku tak lapar!” balas Dhia sombong, kesedihanya tidak tertanggung hingga menyakitkan rakan yang akan menemaninya sepanjang di situ. “emm..takpelah, saya belikan awak nasi k?” Aqila beralah tidak mahu memaksa Dhia,, dia seakan-akan memahami keadaan anak manja seperi Dhia bila terpaksa berjauhan dari kedua orang tuanya. Baginya dengan menghiburkan hati Dhia boleh membuat Dhia lega. Mereka menuju ke sebuah restoran di seberang jalan. Selesai makan malam, mereka pulang ke rumah sewa kolej yang dibayar 350 seorang. Seperti yang dijanjikan, Aqila ,membawa sebungkus nasi goreng ayam bersama teh ais. “Awak bangunlah..mandi dan makan, saya ada belikan awak nasi goreng dengan the ais.. saya tengok dari petang tadi awak nangis..kenapa ni?” Lembut alunan suara Aqila memujuk rakan sebiliknya itu. Dhia berhenti menangis lalu memandang ke arah Aqila..hatinya lembut dengan pujukan gadis itu, lalu dia meluahkan perasaan sedihnya terhadap Aqila. Aqila angguk kepala seolah-olah memahami apa yang dirasai oleh Dhia. Sejak dari hari itu mereka berkenalan dan menjadi akrab seperti adik beradik sehingga menimbulkan perasaan cemburu oleh rakan-rakan yang lain.


 *****************************Bersambung********************************************










Wednesday, May 23, 2012

Kedinginan Pagi Rabu..

assalamualaikum..

syg..
maafkan aku buat kau terseksa..
bukan niatku membalas segala...
ku mahu kau tahu aku juga serupa..
menahan sebak di dada...

kasih..
andai aku punya segala kau mahu..
tidak sedikit aku ingkar pintamu..
tapi mana mungkin ku mampu..
memiliki dunia yang satu..

cinta..
ku akan ku cuba tunaikan..
menyintaimu sepenuh perasaan..
cinta yang tiada tandingan..
abadi antara dua insan..

tapi..
aku pinta halalkan segala..
ku tahu ku tidak sempurna..
andai aku penyebabnya..
rela aku pergi selamaya walau batinku terseksa..



                                                bruuuppphh..! kenyang tol..ala org belanje kan..



Monday, April 16, 2012

Puisi Cinta ini

                    

                            Terasa..
                            titis-titis airmata..
                            terasa hatiku kecewa..
                            tanpa belaiannya
                            kini jauh berbeda...
                            ku ingin bahagia...
                            ku ingin bersamanya..
                            jika aku dihatimu...
                            mengapa diukur silap salahku..
                            ayuh sambutlah erat tanganku...
                            kerana cinta kita disitu...
                            ku ingin bahagia...
                            ku ingin bersamanya..
                            cukuplah derita hati ini..
                            usahlah ditambah lagi...
                            ku ingin kau kembali...
                            kau kan ku miliki...

Friday, December 30, 2011

karya aku

Benar naluri seorang ibu itu selalunya tepat. Sebagai anak kita patut mendengar segala nasihat ibu, ini kerana tidak semua keputusan yang kita buat adalah betul. Tambahan pula tanpa restu ibu bapa tiada ada faedahnya sebaliknya kita terpaksa memikul beban yang amat berat kelak. Bagi isan yang tidak memahami apa itu dosa iaitu Pyka (bukan nama sebenar)  segalanya tidak diendahkan, atas dasar cinta dia rela melakukan perkara yang keji sehingga menggadaikan maruah sendiri.

Perkenalan antara pyka dan Amirul (bukan nama sebenar) hanya dalam beberapa minggu sahaja, ia adalah tempoh yang terlalu singkat untuk si gadis ini mempercayai seseorang terutama lelaki yang tidak dikenalinya. Hanya melemparkan janji-janji manis serta kata-kata yang mampu membuat hati seorang gadis yang hanya belasan tahun. Setelah kelakuan aneh Pyka dapat dirasa oleh seluruh keluarganya, ibu dan bapanya menyiasat disebalik perubahan sikap Pyka yang makin biadap dan degil, dia selalu mengabaikan nasihat ibunya bak kata pepatah air dicurah ke daun keladi. Hubungan Pyka dan Amirul dapat dihidu oleh ibu bapanya dan mereka mengambil keputusan untuk memindahkan Pyka ke sekolah lain dan menetap di rumah makciknya. Rumah makcik Pyka jauh dari ibu bapanya, ibu bapa Pyka berharap sekiranya mereka menjauhi Pyka dari kekasihnya, pasti sikap Pyka akan bertambah baik tetapi Pyka ingkar setelah mendengar perbualan telefon antara ibu dan makciknya, Pyka nekad untuk melarikan diri. 

Sewaktu ibubapanya sedang nyenyak tidur Pyka membawa beberapa pasang baju serta mengambil wang dalam sampul surat di atas peti sejuk yang merupakan wang perbelanjaan dapur sebanyak RM200 dan keluar mengikut pintu belakang. Bagi Pyka rumahnya adalah neraka baginya, Pyka tersenyum gembira setelah melangkah keluar dari pintu, hatinya berasa lega dan bebas. Dari jauh kelihatan kelibat Amirul sedang menanti di hujung jalan. Kali ini Pyka dibawa ke rumah sewa bujang Amirul bersama rakan-rakanya, kegembiraan pasangan kekasih ini disambut dengan perbuatan zina yang dilaknati Allah SWT.

Pyka keesokan harinya ketika ibu Pyka mahu mengambil pakaian kotor di bilik anak bongunya itu, dia menyedari ketiadaan Pyka. Ibunya memanggil bapanya untuk memberitahu perkara itu, keadaan cemas dan sedih memberlenggu seluruh isi rumah itu. Ibunya bagai mahu gila tidak dapat menerima kehilangaan anak kesayangan itu.Setelah 24jam tidak menemui Pyka, ibu bapa Pyka mengambil keputusan untuk melapor kepada pihak polis atas kehilangan anak kesayangan mereka.

Sudah sebulan Pyka bersama Amirul, kepuasan dan keseronokkan bebas seperi burung. Tanpa diduga Pyka mengalami munta-muntah serta pitam, dia mengadu kepada Amirul tetapi tidak diendahkan.. hatinya mula risau dan berkata adakah dia hamil. Setelah membuat ujian kehamilan menggunakan alat “Pregnancy Test” yang dibeli oleh Amirul difarmasi telah mendapat kesahihan yang dia mengandung. Sejak dari saat itu sikap Amirul mula berubah sehinggalah dia diusir keluar dari rumah itu. Segala janji-janji yang pernah dilemparkan oleh Amirul terhadapnya adalah palsu belaka. Pyka melankah keluar dengan mengusung perut 4 bulan yang makin membesar itu, air mata sesal yang mengalir membasahi pipinya tiada gunanya lagi kerana ia sudah terlambat, kata orang bangkai gajah mana boleh tutup.  Pyka buntu, wajah ibunya mula terbayang, kesayupan tangisan telah merebahkan tubuhnya di atas jalan.

Pyka membuka mata setelah sekian lama pengsan, dia terkaku apabila terpandang wajah ibu dan bapanya di hadapanya, airmata mula mengalir. Bertubi-tubi kemaafan dipinta oleh Pyka terhadap ibu bapanya, jeritan Pyka seolah-olah bagai dirasuk syaitan dan tangan menumbuk perut yang kian membesar itu sambil menyatakan kesesalannya dan kebencian terhadap kandungannya.Inilah dikatakan menyesal dahulu pendapatan menyesal kemudian tiada gunanya.

Kini Pyka ditempatkan di pusat pemulihan bagi menjalani proses pemulihan akhlak sehingga dia benar-benar insaf. Kelahiran bayi dalam kandungannya dinanti dengan begitu tabah, perasaan sayang terhadap bayi itu mula datang. Pyka berazam untuk menjaga anak itu kelak, biarpun Amirul menodai cintanya tetapi dia bersyukur kerana mempunyai zuriat dari insan yang teramat disayanginya, cinta Pyka terhadap Amirul terlalu dalam sehingga dia sanggup memaafkan dan melupakan perbuatan kejam Amirul terhadapnya dan berharap Amirul akan kembali kepadanya dalam apa jua keadaan sekalipun kerana cinta terhadap Amirul terlalu suci……….

***********************************TAMAT************************************