*iklan*

lovaahhhh!

Selamat Datang~..

Showing posts with label *Tuto*. Show all posts
Showing posts with label *Tuto*. Show all posts

Thursday, January 17, 2013

3 Langkah Kekal Segar

Hye, kome ape khabo?haha..kua ayat perak dh...act kali ni nak post pasal tip jugekkkk..hehe..Ada sape2 yang tengah penat dan lesu sila angkat kening *mcm ziana zain*..ha nampak nya ramai yang xberapa segar...so aq nak bagi 3 tips la,yang selalu aq amalkan...hehe..2x5 la kite..so baik kita teros ke point pertama..

1. LELAPKAN MATAMU..
Haha...sah ang gila..ayat cam ape ntah tapi ni betol tau?lelapkan mata korang sekurang-kurannya 1/2 jam pada waktu lunch korang..haha aq kdg2 dekat 1 jam..ape2 pon ikot korang la,lunch time kan kejap,aq tak kisah bab makan ni...hehe..Tidur sekejap mampu menyegarkan tubuh korang..haa tunggu ape lg,cuba la..

2. HIRISAN LIMAU/LEMON..
YA, jus diatas mampu memberikan kesegaran untuk tubuh korang..sebaiknya korang minum segelas pada waktu pagi agar korang lebih segar dan bersemangat.

3.DEDAHKAN CAHAYA PAGI..
Sebaiknya bersarapanlah di tepi tingkap pada waktu pagi..Ia akan membenarkan cahaya masuk ke tubuh anda dan menyekat melatonin , iaitu hormon yang memberikan isyarat untuk tidur..

So tunggu apa lagi cubalah...

k bye

Maaf Buat Customer saya

Assalammualaikum semua, tujuan sy buat entry kali ni sebab nak minta jutaan kemaafan buat customer yang x jemu email sy minta sy mekap untuk fotoshoot or kahwin..Act, sy sekarang berada di PERAK. sy pulang ke kampung halaman sy sudah 3 bulan, bagi sis yang req. sy untuk mekap di luar ipoh sy memohon maaf, jauh tu sis..lagipon sy bekerja, diharap sis maafkan segala kesulitan yang berlaku..akan tetapi, waga PERAK yang ingin req sy mekapkan majlis korang, sila la emel ke grapeladymyra@yahoo.com atau sms ke 012-5620579..dengan harga yang boleh dirunding..terima kasih

Sunday, January 13, 2013

Tempoh Penggunaan Alat Solek

hye, skali g aq nak uat enrty pasal mekap, aq nak share ngn korang..ni sangat2 penting dan sila amik perhatian.. buat si penggemar mekap termasuk aq, kalau dh gila mekap gila jugak..dah pasti la macam2 jenis alat mekap korang ado, pd yang x ado tu usaha gigih la untuk dapatkan ye? aq pon kalau leh 1 kedai elianto aq nak orong tapi ape kan daya ni jela yang aq mampu..haha...sape yang suke abiskan duit gaji semata-mata nk eli menatang ni sila angkat kening ye..haha.. YEAYYYY! sep sikit, kita gang..

Tapi korang tau x yang setiap alat mekap tu ada tempoh penggunaan terhad? xtau? meh aq kasi korang tau..memang setiap alat mekap ado tulis tarikh luput tapi itu kalau kita lom calit ke muka, kalau dah calit kene la ikot tempoh yang aq berikan..lain la niat korang beli tu untuk hiasan jewww..kuangkuangkuang..

Krim Foundation   : 1 1/2 tahun
Liquid Found.       : 1 tahun
Concealer             : 1 tahun
Cream Powder     : 1 tahun
Powder                : 2 tahun
Blusher                 : 2 tahun
Cream blusher      : 1 tahun
Cream E/shadow  : 1 tahun
Powder E/shdow  : 1 tahun
E/liner pencil         : 1 tahun
E/liner liquid          : 3-6 bulan
Mascara               : 1-3 bulan
Lips liner               : 1 tahun
Lipstik                  : 2 tahun
Lip Gloss              : 1 1/2 tahun

So, kalau ada yang degil masih nak pakai leih dari tempoh aq xkisah, kang ado gak muka berkudis..hahaha.. jujur aq memang ada pengalaman..korang ukan mak andam pon..guna yang penting sudah x perlu la beli berbeg-beg bagai...xda la berat sangat ati korang nak buang...tol x?

k bye....



Kulit Sihat Cela Tiada


Assalammualaikum.. hye, topik kali ni agak menarik sebab berkaitan dengan kecantikkan..haha..aq tau korang nk tau kn?jom tengok...




Korang pernah x tertanya-tanya pasal pe ramai artis kulitnya cantik mcm model tol x?sape xnak kulit cantik n sihat tol x?huhu...sekarang ni, aq nak gtau korang satu produk yang terbaik..jangan xtau kecantikkan sesorang tu x semestinya semulajadi, ado sampai sanggup uat pembedahan tang sana-sini..haha..dengan penjagaan yang betul korang akan dapat hasil yang memuaskan. banyak cara yang boleh kita lakukan untuk menyelesaikan masalah kulit, namun aq cadangkan korang cua produk shaklee ni...

ce korang tgk...


pengguna setia Lynda Roslan



Datin Norjuma juga..


ni la akak yang kenalkan aq produk shaklee ni,cantik x?


Vitamin Tambahan Terbaik Yang Perlu Anda Ambil

Diambil bersendirian atau digabungkan dengan vitamin lain dalam sesuatu produk dengan pelbagai vitamin, vitamin tambahan boleh membantu anda mengawal fungsi badan dan mencapai tahap kesihatan yang optimum. Jika anda perlu menyimpan stok kabinet ubat anda dengan vitamin tambahan terbaik, pastikan anda mempunyai:

Vitamin A, D, E & K.

Ini vitamin larut lemak dan hanya boleh diserap oleh tubuh menggunakan lemak dari makanan. Apabila diambil dalam dos yang betul, vitamin ini menyumbang kepada banyak proses metabolik badan. 

Vitamin A dan E, sebagai contoh, bersama-sama dengan Vitamin C dikenali sebagai antioksidan. Mereka membantu mencegah sel kesan negatif yang disebabkan oleh radikal bebas. Radikal bebas telah terlibat menyebabkan kerosakan sel dan juga meningkatkan risiko kanser.

Vitamin A dan beta-karotena membantu mengekalkan sel-sel dan tisu-tisu yang sihat, melindungi penglihatan dan meningkatkan imuniti. Vitamin A tambahan terbaik biasanya mengandungi retinyl palmitate atau asetat retinyl dan peratusan yang lebih kecil daripada beta-karotena.

Vitamin E

Ia lebih dikenali sebagai vitamin kulit kerana ia mengurangkan kesan penuaan sel. Ia juga mengurangkan risiko penyakit jantung, kehilangan ingatan dan kanser. Vitamin E datang dalam dua bentuk: semulajadi D-alfa Tocopheryl dan versi sintetik.  Vitamin E tambahan yang terbaik adalah bentuk semula jadi kerana ia adalah lebih mudah diserap oleh badan.

Vitamin K

Vitamin K, seperti Vitamin E, membantu mengurangkan risiko penyakit jantung. Ia juga berkesan dalam meningkatkan pertumbuhan tulang dan membantu darah membeku dengan betul. Ambil Vitamin K1, phylloquinone atau hanya Vitamin K.

Vitamin C

Setiap kali anda mendapat selsema, doktor anda mungkin mencadangkan anda mengambil Vitamin C dalam dos yang tinggi. Ini kerana Vitamin C bukan sahaja antioksidan, ia juga merupakan penggalak imuniti yang kuat. Dan anda tidak perlu bimbang tentang dos yang di atasnya kerana ia adalah larut air. Ia juga membantu menggalakkan penyembuhan pantas luka dan parut dan membantu mengekalkan kulit yang baik.

Vitamin C juga dikenali untuk mengurangkan risiko penyakit jantung, kerosakan matahari dan kanser. Ambil Vitamin C tambahan sebagai asid askorbik, kalsium askorbat atau palmitate ascorbyl.

Vitamin B

Kumpulan ini terdiri daripada lapan vitamin B yang sumber nutriennya sangat penting, terutama untuk vegetarian, yang kekurangan pada vitamin B yang ditemui dalam daging dan ayam. Sebahagian daripada manfaat yang anda boleh dapatkan daripada vitamin B termasuk:

Pencegahan penyakit jantung dan kehilangan memori akibat kekurangan B6, diambil sebagai hidroklorida pyridoxine dalam bentuk tambahan. B6 juga membantu menggalakkan pengeluaran hormon dan bahan kimia otak yang penting. Asid folik, juga vitamin B, sering disyorkan untuk wanita hamil kerana ia mengawal pertumbuhan sel, membantu mencegah penghantaran pra-panjang dan kecacatan kelahiran. Ia juga membantu mengurangkan risiko tekanan darah tinggi, penyakit Alzheimer, kanser, kemurungan dan kehilangan ingatan.

Vitamin B12, diambil sebagai cobalamin atau cyanocobalamin, merupakan sumber penting nutrien yang badan melawan penyakit jantung, anemia dan ingatan. Ia membantu mengawal fungsi otak. Thiamine atau B1, membantu menghidupkan karbohidrat menjadi glukosa gula dan membantu mengawal sistem saraf. Riboflavin atau B2 juga berfungsi dalam cara yang sama dan adalah penting untuk mengekalkan kesihatan kulit yang baik.

Niasin atau B3 menghalang pellagra, yang menyebabkan cirit-birit dan dermatitis dan boleh membawa kepada penyakit mental. Asid Pantothenic dan Biotin membantu memecahkan lipid, asid amino dan karbohidrat. Kedua-dua vitamin B membantu mencegah dermatitis, gangguan kulit bersisik.

Bagaimana untuk menggunakan vitamin tambahan

Sesetengah vitamin, terutama vitamin larut lemak, boleh mempunyai kesan buruk apabila diambil dalam jumlah yang besar. Untuk memastikan anda tidak mengambil dos berlebihan dan masih memenuhi semua keperluan pemakanan anda, pastikan untuk mengambil multi-vitamin dan mineral lain pada dos yang telah ditetapkan. 

Rujuk kepada dos harian yang disyorkan dan keperluan vitamin yang diperlukan berbanding dos harian tersebut. Setelah anda memenuhi ini, anda berada pada tahap yang baik. Jangan mengambil lebih daripada dos harian yang disyorkan jika anda sihat dan tidak mempunyai masalah kesihatan. Mengambil lebih daripada dos harian hanya disyorkan oleh doktor anda atau jika berlaku kekurangan dos yang diperlukan oleh badan anda. 



kalau korang erminat sila emel ke  honey_nurhalia@yahoo.com

Wednesday, November 7, 2012

Mekap: Amira Shim di Hari Raya Aidiladha


Assalammualaikum semua..hehe..ye! lame aq menyepikan diri kan2? aq tau korang pasti tertanya-tanya.. aq ada disni cuma otak kusut...ntah la, sejak dari entry lalu..hidup ni jadi gelap gelita..bukan aq buta tapi sedih sangat..nanti kalau free aq luahkan k? so sekarng aq nak post entry pasal mekap raya aidiladha ari tu..

jom tengok!


Act Mira ni fwen sekola aq juga sama mcm naimah..hehehhe...t.q tau sbb sudi dtg mekap



ni Mira sebelum mekap..


Ni selepas...sian dy aq conteng pic dy..tp nak wat mcm mane nanti org tgk hair u..


chakkk!cantik x kwn kite..
kalau nk mekap emel saya di grapeladymyra@yahoo.com atau 016-5961529
hehehe..sayonara..:p


Monday, October 22, 2012

Mekap: Solekan Tension

hahaha...hye, korang..sihat?bapak!!! kene demam campak..isyyhhhh3 kesian...err..g klinik eh?moga cepat sembuh *eleleh..tunjuk caring lak kan..ayat takut berjangkit...?* hehehe...whatever la! jumaat mlm sabtu lepas aq tension sangat, yela bf suke sangat keje malam, tlg kwn kate nye..ke tlg teman kwn lepak..kesian aq soang2 kurang kasih sayang xda sape nak call..call aliff aziz bolehh..?? gatai kau ye!..hahaha..kang marah en.loppa aq..*fedulik kan!* (pedulikan) yuhuuuu...yang si bosan ni merangkak la mencari alat mekap lalu menconteng muka yang x berapa nk licin ni..jom tengok hasil nye...hahaha...jelik!


ni sebelah mata kiri aq..huhuhu




yang ni sebelah kanan mata aq..ni sesuai ngn mood aq malam tu



hehehe..malam tu bf lek uma kul 2.25 pagi..kompom la esok nye kene marah kan..?tu la sape suh ada gf mcm aq kan..kuat bebel n banyak songeh..kahkahkah..bye..

Wednesday, October 17, 2012

Tony Moly Lips Tint

Pagi ni nak buat review sikit la pasal mekap ni..act kejadian ni sudah lama, dh basi pon tp semangat punye pasal tambahan aq yang xda point untuk entry so aq review kembali menatang ni. :p hehehe…actually, aq ada berbaca kat blog mane ntah, aq dh lupe so aq tgk je bibior (loghat perak means bibir) terus jd merah macam semulajadi..dan2 tu la aq merengek kat bf aq..mula2 dy memang xkasi tp lepas aq beria sangat nak menatang tu so dy ikut je kehendak  aq dgn muke x iqlas..bhahahaha..fedulik afe aq?? janji dafat..hahaha..dengan xrela bf g bank in kat seorang kakak cute ni, I x jeles pon coz hati teruja sgt nak dapat Tony Moly Lips Tint…

Jom Ketahui….



Act, Lips tint ni ada dua perisa iaitu cherry pink dan red apple tp disebabkan aq buta warna aq pilih red apple.





Red apple ok juga tp warna merah sangat kene blend ngn lipgloss tp cherry pink pula natural seakan2 pink bibir kte…tp xpe next time tau dh ape yang sesuai… gpon aq mekap customer guna ni juga..rase dy macam ubat batuk gitu..tp hati2 dengan yang tiruan..





cubalah hanya 3 langkah bibir menjadi cantik...

Sape2 nak beli aq jual rm 15 sahaja….sila email ke grapeladymyra.blogspot.com

Mekap: Qeena (1)

Hye semua...

nak tau knp tiap kali entry mekap aq letak menatang ni (1)?haaa~ tu makne nye part 1 n klu (2) tu part tu..klu dah ada part2 ni kompen ada next entry lagi kan...? so ari ni aq nak re-fresh lek memori aq disamping tunjuk kat korang pasal customer aq ni walaupon model setia aq ni cute n macam awek2 wewittt..dh kahwin tau x?haa~ jangan x tau siap nak masok anak ke-2, pape pon entry pasal dy akan dtg..sabaw ye...? jom tengok...



wajah sebelum mekap xda..tp xpe nti hupdate k?






selepas....








qeena ni adik aq, kulit dy hitam manis tp sejak kahwin ni putih pulak, tu mak pelik tu nokkks..hehehe..ape pon x sabar nak tggu anak buah next month..alhamdulillah cucu mak aq menjangkau 18 orang..huhuhu..



k sape2 nak join pakej atau brg mekap sila emel ke grapeladymyra@yahoo.com

Monday, October 15, 2012

Terima Kasih Yu Yee Cap Limau..

Hehehe..assalammualaikum! hey u! nape pelik sangat?nonono~ i bukan dpt angpau dr Weng Seng Heng Medical Factory Sdn Bhd (owner Yu Yee Oil) tp aq la pengguna setia minyak angin ni...huhuhu~...

Act aq ni jenis banyak angin korang tau x?salah mkn je kembong perut n sakit pale xpon mematungkan diri angkara mau muntah (jd patung)..macam baby pulak dh...Ya! ramai kata begitu..masalah aq ble badan berangin susa sangat nak keluarkan bom (entot) so angin tu g serata perut pale aq..tambah2 tgh period..merana xleh tido..tol sumpah x tipu...

So, selama ini kembung juz amik air suam je xpon eno halia tp nampak x berkesan n minyak cap kapak juga coz minyak cap kapak fungsi nya kejapp peh tu 1 keje lagi nk sapu..kengkadang beli botol besar kejap je abis..so aq cadangkan korang minyak Yu Yee ni..hehehe..so jom usha packaging...terdapat 4 saiz iaitu 5 ml, 10 ml, 22 ml dan 48 ml..


yeayyyy! saya suke.saya suke.



suke sangat minyak ni sbb kite sapu kat badan,minyak  berangin tu bertahan lame..minyak ni x berminyak mcm air serap dalam kulit..

Jom ketahui..

Linimen berwarna coklat berbau peppermint

mengandungi :  

 peppermint oil........................36.0 % w/v
 Clove Oil.................................2.6 % w/v
 Nutmug Oil............................0.6 % w/v 
Menthol..................................1.6 % w/v
Borneol..................................1.0 % w/v
Cortex Cinnamoni...............1.0 % w/v
Resina Calamus Draco......1.0 % w/v
Light Liquid Paraffin.......q.s 100%

Indikasi: 

minyak ini melegakan sakit2 ringan pd otot2 atau sendi serta melegakan simptom2 kembung perut juga selesema..

Cara Pakai : 
Gosok di tempat yang sakitketika diperlukan.

Kesan Sampingan: 
Tidak boleh digunakan bagi orang yang berhipersensitif terhadap bahan2 kandungan minyak di atas

Amaran:
Untuk kegunaan luar sahaja. Kesan sensitif mungkin berlaku. Jangan terkena mata.Jangan sapu atas luka atau kulit yang rosak. jangan sapu dalam lubang hidung bayi.Jika berterusan, sila dapatkan nasihat doktor.

Cara Penyimpanan:
Simpan dalam suhu bilik (25-30 darjah C) Jauhi dr kanak2. tempoh penggunaan 4 tahun dr tarikh pengeluaran.


Sila dapatkan di kedai runcit, pasaraya atau farmasi yang berdekatan anda dengan harga 9.00 ke bawah.





Monday, October 8, 2012

Wednesday, October 3, 2012

Mekap natural tapi cute..

Assalamualaikum semua..selamat pagi. pgi ni aq nak update pic mekap yang fresh..so sesiapa yang nak aq mekapkan sila ke pakej sebelah kanan blog..so ni hasil mekap natural but cute..



                                                   *maaf camera tpon x ok..sori sangat


bhahaha...aq nk tergelak ble t'snap seluar bunga purple aq..tp x pe still cute..hohoho..
sape2 nak tuto nak aq buatkan k?

bye2..!

Friday, September 28, 2012

Assalammualaikum semua..sihat?hope semua sihat..berbalik pada tajuk diatas, sy setuju nak buat header untuk kawan2 blogger..sy x mintak bayaran..just join blog sy n follow sy...ok kepada sesiapa nak minta sy buatkan header sila tinggalkan maklumat anda seperti:-

nama blog  :.........
emel          :.........
warna fav. :.........
Max 2 gambar juga sila emel ke grapeladymyra@yahoo.com..Nanti sy pilih mane ok
* Design sy yang pilih..Hanya simple je free tp kalau nak citarase sendiri (cerewet) sy terpaksa minta bayaran. Segala kesilapan teknikal harap dimaafkan, kalau x ok leh gtau sy n nanti sy buat lain..

K bye

Thursday, September 27, 2012

Tak Susah Pon..

Assalammualaikum semua..selamat ptg ye? kenape ye tajuk aq kali?pelik..ni mcm pemurah hati je bunyik nye kan..?hehehe..jgn puji sgt k..ptg ni just nak update 1 lagi header untuk sepet tu..dy req nak solo punye header..wori orang cakap dia dah kawin..dun wori, sy sudi tlg..tak susah pon (ha kan..ayat dh same tu..)

so buat sepet, terimalah....

hahaha..macam nak tuju lagu lak kan..?

k gud nite..(malam ke??)

Tuesday, September 25, 2012

Header Lagi kan..?

assalamualaikum..selamat petang semua..ptg ni aq juz nak update 2 header untuk blogger fav aq..hehehe..so sape2 nak header just klik add fwen k?


                                                       ni kak yani...sila tgk k?nti i send kat u k..

ni lak cik sepet

hahaha..ni cik puan punye...


sape2 nk header sila tglkan msg n add sy k?bye

Friday, July 13, 2012

Sejarah Pantang Tanah

Sejarah ni diceritakan dihadapan keluarga oleh arwah uci iaitu Dol Basriah Binti Wahab ketika arwah masih hidup..dipetik juga dari batumasjid.blogspot.com

Di daerah Rao, Sumatera Barat, Indonesia mengandungi beberapa pecahan. Antaranya ialah Langsat Kodok, Langgung, Padang Unang n lain2. Namun begitu kawasan ini tidak mempunyai raja sebagai "payung" ke atas ketua-ketua yang mengetuai sesuatu kawasan tersebut. Maka disepekati diantara mereka untuk mendapatkan putera raja Pagar Ruyong dari Ranah Minang.

Ditakdirkan Allah s.w.t berjayalah mereka membawa pulang seorang putera raja ke Padang Unang, Rao dengan menaiki gajah dan sebaik tiba di situ, raja itupun ditabalkan sebagai Raja Rao dan bersemayam di singgahsana yang dibina khas. Adat hamba mengangkat sembah adat raja menerima sembah. Tetapi raja itu tidak tahan disembah lalu muntah-muntah dan tercirit-birit.

Maka berkatalah pawang bahawa putera raja itu bukanlah anak raja tulen sebalaiknya orang biasa. Telahan pawang itu lagi, anak raja yang sebenarnya masih berada di Pagar Ruyong menyamar sebagai hamaba raja bagi mengelakkan dirinya "diambil" oleh orang-orang Rao.

Setelah mendapat penjelasan pawang tersebut, orang-orang rao sekali lagi berangkat ke Pagar Ruyong dan kali ini berjaya dalam misi mereka untuk mendapatkan seorang putera raja yang tulen dan lantas digelar Raja Rao. Setiba di Padang Unang terus dirajakan mengikut adat Rao lalu baginda bersemayam di istana dan kemudiannya berkahwin dengan anak Rao. Setelah mempunyai puteri, bagindapun pulang ke Pagar Ruyong seorang diri.

Beberapa tahun selepas kepulangan Raja Rao ke Pagar Ruyong, puterinya pun berkahwinlah dengan beberapa lelaki termasuk dengan kenamaan Rao. Pertama kali berkahwin, suaminya sakit lalu meninggal dunia. Kemudian puteri itu kahwin lagi lalu ; mati juga kesudahannya sehinggalah dia telah menikah dengan tujuh orang; kesemuanya meninggal dunia. Dan ditakdirkan Allah puteri itu berkahwin pula untuk kali ke lapan dengan seorang ulama yang berasal dari Choroting, Rao.

Namun begitu ulama ini sempat juga memengandungkan puteri tersebut. Apabila genap tiga bulan mengandung, ulama itu menceraikan isterinya seraya berkata; "Aku yang kuat beramal kepada Allah pun alah kepada mu, inikan pulaorang biasa." Sebenarnya ulama itu telah menyedari bahawa dirinya sudah dihinggapi tulah dan matanya mula beransur menjadi hijau. Sebaik sahaja dia menceraikan isterinya tiba-tiba penyakitnya sembuh seperti sediakala dan berkatalah ulama itu; "inilah kuasa Allah Taala."

Enam bulan kemudian janda ulama itu melahirkan anak lelaki dan diberi nama Marahsani. Anak ini dikatakan memiliki daulat. Barangsiapa yang melintas di hadapannya tanpa meminta izin akan muntah tahi. Untuk kembali sediakala; penawarnya ialah terpaksa minum air tapak kaki Marahsani.

Adalah dipercayai kelahiran Marahsani disambut dengan "adat pantang tanah" justeru itu keturunan Marahsani sehingga sekarang masih lagi mengamalkan adat tersebut kerana dengan kehendak Allah jua, jika ditinggalkan akan mendatangkan mudarat kepada kanak-kanak yang dalam tempoh berpantang iaitu kira-kira 13 bulan atau sehingga kanak-kanak pandai berjalan dan pantang tersebut terbatal apabila kanak-kanak sudah berjojak.....





                                          hehe..inteprem jap la.....................knp u suke wat muke mcm tu???

Header untuk kakak cantik..

Assalamualaikum...korang sihat tak?aq sihat alhamdulillah..tp rope sentiasa mcm tak sihat (gile2)....aq nak puji la sorang kakak ni, cantik sangat n aq gak salu usha blog dia sakura tp name dia ilyani khuszairy..aq salu la usha blog dia, dia dah banyak kali try buat header untuk blog dia tp gagal..aq pon dgn rase berani cuba buat header untuk dia dgn kadar segera...then ini hasil nya..





Mula-mula aq buat yang atas tu..tapi xda respond dr dia..maksud aq dia xpakai pon..peh tu aq try lg..maybe dia nak lbh cantik (PERASANTOLAKUNIH) so aq buat yang no 2 pulak..


Kemudian aq gatai sangat aq buat dua lagi..





ha korang..kalau korang nak mudah je juz jadi fwen google aq n follow blog aq k?nanti korang dah buat korang pm kat inbox aq (tgk kat badge fb aq..ha kat c2 la terletaknya fb aq)

k 2 je..bye..

Wednesday, June 13, 2012

Header Percuma Buat Semua

Assalamuaikum semua..hari ni aq nak buka satu tawaran buat blogger or baru nak berjinak-jinak (eh! dah mcm ayam la pulak..bor la..) dalam dunia blogger, ha aq nak buat header percuma kat korang ni..dengan 3 syarat..antara syarat2 nye:-

1. Mestilah follow blog aq.
2.Tulis 'GM merupakan blog peribadi dan kecantikkan'...sila ulangi ayat ni secara rambang..
3.Anda mestilah sudah mempunyai blog sendiri.

So ape tunggu lagi, syaratnya mudah kan??terbuka kepada seluruh negara,

k bye

Wednesday, May 16, 2012

Menu Side Bar Bergerak

1. Dashboard > Design > Edit Html
2. Then , korunk cari code ini : ( Tekan Ctrl+F untuk memudahkan pencarian)

<head>
3. Lepas dah jumpa , korunk paste kod kat bawah niyh di bawah kod yang korunk cari tadi ok?

<script language='JavaScript'>
var txt=&quot;TULIS AYAT KORUNK DI SINI&quot;;
var kelajuan=250;var segarkan=null;function bergerak() { document.title=txt;
txt=txt.substring(1,txt.length)+txt.charAt(0);
segarkan=setTimeout(&quot;bergerak()&quot;,kelajuan);}bergerak();
</script>
4. *Tulisan Warna merah n underline tu tuh , korunk gantikan dengan ayat yang korunk nak ok :)
5. Siap . Save :)

pic jadi lengkung n blurr

 Hokey..korang nak kan pic jadi blurr  Macam ini :

1. Log in > Dashboard > Design > Edit Html
2. Tekan Ctrl F serentak dan cari kod ini :

a:visited {

3. Ada tak ? ok! Paste kod di bawah ini , di bawah kod yang korang carikan tu ekk ?

a img {
border-radius:10px;
border-width: 0;
}

img:hover {
filter: alpha(opacity=70);
opacity: .6;
-webkit-transition: 0.5s;
border-radius:10px;
} 
4. jadi tak?

5. Bila dah paste , boleh lah korang SAVE !
6. Now , pergi dekat blog korang . Macam mana  ? Menjadi takk ? :)



Mari Belajar 50 Perkataan Dalam Rawa Session 1...

assalamualaikum, pagi ni aq nak ajak korang sikit sebanyak bahasa seharian aq..disebabkan aq ni anak jati rawa..aku nak share ngan korang sume..k kawan2 renggangkan mulut sebut A,E,I,O,U...hehehe..k jom mula basic bahasa rawa..


1.    Kau - kao
2.    Mengapo - mengapa
3.    Iko - ini
4.    Buek - buat
5.    Bawak bergolek - bawa berehat
6.    Apo tang kuak? - apa agaknya ye?
7.    Mengapo tang? - kenapa tuh?
8.    Ontait - fuyooo atau digunakan dalam keadaan surprise
9.    Saya – awak / ako
10.    Sinun - disana
11.    Ikeh - ini ha!
12.    Poei - pergi
13.    Maken - makan
14.    Berapo - berapa
15.    Moda - mampos
16.    Janten - jantan
17.    Betino - betina
18.    Gilo - gila
19.    Ontok-ontok - diam-diam(jgn bagitau)
20.    Toluaor - telur
21.    Dokek - dekat
22.    Ayom - ayam
23.    Donga – dengar
24.    Kilen  - korang
25.    Melangak (bunyi mela-ngak) –khayal
26.    Pueh – puas
27.    Genari – sekarang ni
28.    Godang / bosar – besar
29.    Ghajin – rajin
30.    Menyolop / meradang (sebut ang tu panjang sikit) – mengamuk / marah
31.    Ghapek – rapat
32.    Moh – jom
33.    Soba – sabar
34.    Pepaja – budak2
35.    Malam – malam
36.    Ondak – nak
37.    Uci – Opah / nenek
38.    Sodieh – sedih
39.    Beh – bas
40.    Mencolo – Memandang
41.    Juluok –Jolok / Kait
42.    Sojuok – sejuk
43.    Kesiangen (sebut kesiang-ngen) – lambat bangun pagi
44.    Toruok – Teruk
45.    Mengaji – belajar
46.    Urang – orang
47.    Richeh – Hiris
48.    Kodei – kedai
49.    Sipak – Sepak
50.    jejompoik - cengkodok






jangan lupa nantikan session 2..belajar bahasa rawa, bye!