Sejarah ni diceritakan dihadapan keluarga oleh arwah uci iaitu Dol Basriah Binti Wahab ketika arwah masih hidup..dipetik juga dari batumasjid.blogspot.com
Di daerah Rao, Sumatera Barat, Indonesia mengandungi beberapa pecahan. Antaranya ialah Langsat Kodok, Langgung, Padang Unang n lain2. Namun begitu kawasan ini tidak mempunyai raja sebagai "payung" ke atas ketua-ketua yang mengetuai sesuatu kawasan tersebut. Maka disepekati diantara mereka untuk mendapatkan putera raja Pagar Ruyong dari Ranah Minang.
Ditakdirkan Allah s.w.t berjayalah mereka membawa pulang seorang putera raja ke Padang Unang, Rao dengan menaiki gajah dan sebaik tiba di situ, raja itupun ditabalkan sebagai Raja Rao dan bersemayam di singgahsana yang dibina khas. Adat hamba mengangkat sembah adat raja menerima sembah. Tetapi raja itu tidak tahan disembah lalu muntah-muntah dan tercirit-birit.
Maka berkatalah pawang bahawa putera raja itu bukanlah anak raja tulen sebalaiknya orang biasa. Telahan pawang itu lagi, anak raja yang sebenarnya masih berada di Pagar Ruyong menyamar sebagai hamaba raja bagi mengelakkan dirinya "diambil" oleh orang-orang Rao.
Setelah mendapat penjelasan pawang tersebut, orang-orang rao sekali lagi berangkat ke Pagar Ruyong dan kali ini berjaya dalam misi mereka untuk mendapatkan seorang putera raja yang tulen dan lantas digelar Raja Rao. Setiba di Padang Unang terus dirajakan mengikut adat Rao lalu baginda bersemayam di istana dan kemudiannya berkahwin dengan anak Rao. Setelah mempunyai puteri, bagindapun pulang ke Pagar Ruyong seorang diri.
Beberapa tahun selepas kepulangan Raja Rao ke Pagar Ruyong, puterinya pun berkahwinlah dengan beberapa lelaki termasuk dengan kenamaan Rao. Pertama kali berkahwin, suaminya sakit lalu meninggal dunia. Kemudian puteri itu kahwin lagi lalu ; mati juga kesudahannya sehinggalah dia telah menikah dengan tujuh orang; kesemuanya meninggal dunia. Dan ditakdirkan Allah puteri itu berkahwin pula untuk kali ke lapan dengan seorang ulama yang berasal dari Choroting, Rao.
Namun begitu ulama ini sempat juga memengandungkan puteri tersebut. Apabila genap tiga bulan mengandung, ulama itu menceraikan isterinya seraya berkata; "Aku yang kuat beramal kepada Allah pun alah kepada mu, inikan pulaorang biasa." Sebenarnya ulama itu telah menyedari bahawa dirinya sudah dihinggapi tulah dan matanya mula beransur menjadi hijau. Sebaik sahaja dia menceraikan isterinya tiba-tiba penyakitnya sembuh seperti sediakala dan berkatalah ulama itu; "inilah kuasa Allah Taala."
Enam bulan kemudian janda ulama itu melahirkan anak lelaki dan diberi nama Marahsani. Anak ini dikatakan memiliki daulat. Barangsiapa yang melintas di hadapannya tanpa meminta izin akan muntah tahi. Untuk kembali sediakala; penawarnya ialah terpaksa minum air tapak kaki Marahsani.
Adalah dipercayai kelahiran Marahsani disambut dengan "adat pantang tanah" justeru itu keturunan Marahsani sehingga sekarang masih lagi mengamalkan adat tersebut kerana dengan kehendak Allah jua, jika ditinggalkan akan mendatangkan mudarat kepada kanak-kanak yang dalam tempoh berpantang iaitu kira-kira 13 bulan atau sehingga kanak-kanak pandai berjalan dan pantang tersebut terbatal apabila kanak-kanak sudah berjojak.....
hehe..inteprem jap la.....................knp u suke wat muke mcm tu???

No comments:
Post a Comment