*iklan*

lovaahhhh!

Selamat Datang~..

Wednesday, January 18, 2012

KAU PERGI JUA



Pagi ni memang aq malas giler nak g keje, buka je mate terus capai handfon then off kan alarm. Hati berkata harap takde sape ganggu aq rehat, hahaha..rehat puas2. after 10 minutes tetibe lak handfon buyik lak..aq terus jawab rupa2 nyer my loppa call. Aq macam biasa la berlakon x sihat, cari jalan x nak gi keje..bukan ape, aq bosan kat opis 2 tapi atas pujukan bf aq..aq stuju n gi mandi.. Time aq tengah siap2 aq terpikir nak call mak coz nak beli something untuk dia, then aq try call tapi xleh la coz credit dah expired date..huahhahaha..malu nyer..its ok, karang peh topup aq call la.. tibe2 terpikir lak nak beli untuk family yang lain so aq cadangkan nak belanja dorang makan fast food je.. Aq saje2 la kira berapa set aq nak beli, agak2 untuk 8 orang. Aq senyum n semangat giler bersiap nak g keje, waktu aq nak turun tangga baru aq teringat yang ahli family aq kat kampong cuma 7 orang, bukan 8..coz aq terkira sekali ngan arwah Mamak, langkah kaki aq mula longlai n hati aq jadi sebak. Alahai sedih giler, gaji aq kat tempat keje baru ni 1 sen pon dia x rase walaupon arwah yang banyak bantu aq selama ni.. Alahai touching giler, yela.. sape x sedih bila orang yang kite sayang dah pergi tinggalkan kita? Menangis..sebak..macam2 ada..xda sape tahu ape yang aq rase termasuk bf aq..dia hanya mampu tenangkan aq je. Aq x pernah jangka ni akan terjadi, memangla ajal maut di tangan Tuhan tapi aq belum bersedia untuk hadapi semua ini, tambahan pula arwah pergi dalam masa 1 minggu selepas dapat keputusan dia sakit, walaupon dia sakit tapi dia nampak sihat..itu buat aq sukar nak terima. Arwah sakit barah hati yang kritikal, doktor gtau yang dia hanya boleh hidup 5-6 bulan je lagi tapi untuk 1 minggu tu terlalu singkat!  Ya Allah, aq xkuat untuk hadapi semua ni.

Actually arwah banyak membantu kami sekeluarga, arwah terlalu baik, penyayang, sifat kebapaan dan keperihatinan dia terhadap kami sekeluarga tanpa minta dibalas. Sikap dia yang sangat mulia buatkan kami merasakan kasih sayang seorang bapa walaupon abah ada lagi tapi abah x semesra dia layan kami coz abah tersangatlah tegas sehingga kami takut akannya. Masih segar lagi dalam ingatan aq, sejak zaman tadika lagi dia siapkan aq untuk ke tadika, bagi ape yang aq nak sehingga aq dewasa dan memiliki kerja yang tetap dia masih melayan aq macam dulu. Kasih sayangnya x pernak pudar pon..dia sayang kan aq sampai memanggil nama manja untuk aq iaitu “Panomah”.  *menangis n hati meronta2 tapi aq tetap meneruskan taip*

2 minggu sebelum dia pergi, aq ada balik kampong coz ikut abang aq coz aq tinggal dengan dia sekeluarga.. yela, cuti 3 hari ofcoz la balik. Mase 2 dia mintak aq potongkan rambut dia, aq kesian n potong jela..mase tengah potong rambut dia kat belakang rumah aq dia bertanyakan tentang diri aq..dia tanya pasal aq ngan bf aq, pasal kerja, gaji dan macam2 lagi tapi aq jawab je walaupon aq ngan bf makin renggang aq xnak dia risau. 3 hari kami di kampong tiba la mase berangkat pulang ke klang, selalunya aq balik ngan bf aq tapi bf aq bz so aq terpaksa balik ngan abang aq. Aq bersalaman dengan uci(opah) dan arwah pakcik aq tu. Dia sempat berpesan kat aq jaga diri dan jangan lupa menyimpan untuk mase depan, kelihatan mate dia berair dan tangan dia berat untuk melepaskan tangan aq, tapi aq ye kan aje n tarik tangan aq coz abang aq nak cepat balik klang. Aq gerak balik ke klang dalam kul 5 petang n sampai umah dalam kul 11 malam, paham2 la bawak anak2 kecil (anak abang). Setle je kemas2 barang, aq terus naik atas coz mate berat giler…penat,sian bf aq tunggu2 aq balik dari petang. Agaknya dia dah tido kot, aq tengok handfon aq ada 2 missed call from Uncle Mamak. That’s my arwah pakcik, kan aq dah kata sikap ambil berat dia buat aq rapat dengan dia tapi aq selalu buat xtau je ngan panggilan dia coz kadang2 aq malas nak cakap banyak..aq call balik tapi xda jawapan maybe dah tido, aq juz anta sms kat akak aq gtau dah sampai.

Keesokan harinya, aq gi keje macam biasa. Aq keje x sah kalau x sms bf..maklom la cemburu takot kalau2 tercurang..time aq keje aq dapat sms dari adik bongsu aq (Aina) yang menyatakan pakcik aq kritikal n hanya hidup 5-6 bulan sahaja. Aq terkejut n badan aq mula lemah coz aq ni jenis lemah semangat..memang benda ni yang aq sukar terima lebih2 lagi kehilangan.

S’umur hidup dia hanya memperhambakan diri untuk menjaga ibunya (uci) sampai dia sanggup x kahwin takut xmampu menjaga keluarga n opah coz dia dulu cukop bajet untuk opah n family je. Dengan hati yang risau aq segera search google untuk ketahui penyakit barah hati, aq tengok jugak tanda2 kematian, bukan aq doakan ia terjadi tapi aq cuma nak tahu supaya aq dapat segera pulang ke kampong sekiranya tahu apa2 tanda . Aq terbaca 1 baris ayat yang menyatakan 7 hari sebelum kematian baru la dapat petanda yang seseorang itu akan mati. Aq sempat sms adik aq menyatakan hal demikian supaya adik inform kat aq keadaan pakcik.

Hujung minggu tu abang bercadang nak gi J.B umah ayah kakak ipar aq. Aq bercadang untuk pulang ke kampong saja coz aq nak tengok keadaan family aq di Perak. Sedih giler bila bf aq x bagi balik dengan alasan takot aq curang, aku akur gak kehendak dia coz sayang punye pasal. Sepanjang di J.B aq memang x tenang,  gi picnic kat laut  pon aq jatuhkan berpuluh ketul ayam panggang, teliur je tengok dah kene pasir..aq xtahu kenapa aq x tentu arah n pikiran bercelaru.

Hari selasa, aku kembali bekerja macam biasa, tengah sibuk buat kerja ngan classmate aq, dalam kul 4.45 aq terima sms dari nombor pakcik aq yang menyatakan pakcik dah tiada, aq tertekan n terkejut sehingga bagai hendak rebah. Aq sebak lalu call nombor itu semula, adik aq yang pick up handfon..kedengaran suasana sepi n hanya tangisan bekumandang..aq jadi gelisah. Tanpa buang masa aq segera call bf n ajak dia pulang ke kampong. Akak ipa aq ada ajak balik kampong same2 tp alang2 bf aq nak balik aq ikot jela. .sepanjang perjalanan aq menangis meraung dengan penuh sesal. Sampai kat kampong dalam pukul 8 malam. Suasana sayu menyelubungi rumah itu, aq memberi salam n masuk ke rumah..kelihatan sebujur tubuh yang kaku ditutupi kain di atas katil. Aq mengenggam jari bf aq yang menuju ke arah mayat, dengan perlahan dia membuka kain di wajah arwah, wajah arwah tersenyum. Aq terus menuju ke kakak aq yang bersedih di dapur. 

Keesokan hari nya selepas solat jenazah, aq ikut family gi kubur untuk kebumikan arwah..kami xboleh tunggu lama coz x elok arwah meninggal petang sebelum nya. Selepas setle semua dijemput makan tengahari di rumah aq..sedih sangat bila abang aq cakap siapa la nak jaga arwah di dalam kubur?sunyi kan dia? Sian dia sorang2.. uci (opah) yang sakit kelihatan sedih n pucat, katanya dia yang sakit sekian lama tapi kenapa anaknya itu yang pergi dulu..arwah yang jaga uci sejak dahulu lagi, makan, mandi, ke tandas, ubat malah keperluan uci dia yang uruskan, mana x nye uci sukar terima orang yang sentiasa dekat dia sudah tiada.

Kini dah 2 minggu arwah gi tinggalkan kami, tapi aq masih terbayang2 wajahnya yang gemar gurau senda, malah suara nya yang sering bertanyakan akan hal aq masih kedengaran walaupun dia sudah pergi. Buat arwah aq kirimkan air mata bersama doa-doa buatmu agar tenang di sana, ku harap kau ditempatkan dengan orang-orang yang beriman, Amiin..



No comments: