*iklan*

lovaahhhh!

Selamat Datang~..

Tuesday, June 12, 2012

Filem Gerimis Mengundang (suke2)

Assalamualaikum..seperti yang dijanjikan aq nak update blog ngn story cintan cintun yang sangat romantikkkk! aq suke sangat sebab dorang padan sangat..hahaha mara intan jap g..k scrollll ke bawah k?.......................................


                                                       TADAAA........!




Zamani merupakan seorang juruterbang dan berkhidmat di Sabah Air, Kota Kinabalu telah bertemu secara tidak sengaja dgn seorang gadis hampir melanggarnya ketika snorkeling dengan jetsky, gadis yang berasal dari Kota Jakarta yang bernama Mikha itu merupakan anak tunggal Pak Harjo iaitu seorang wakil kedutaan besar Republik Indonesia di sini. Pertemuan antara zamani dan mikha telah salah faham sehingga membibitkan perasaan cinta. Pak Harjo terlibat dalam kemalangan sehingga meragut nyawanya ketika mahu lawatan kerja di Tampuruli Sabah.


                                                  antara babak mereka

                                             hehehe..dua2 padan..bwekk!







Hati Mikha menjadi kosong disebabkan kehilangan bapanya, tambahan pula Mikha terlalu rapat dengan bapanya. Zamani cuba menenangkan Mikha tetapi Mikha memarahinya dan menganggap Zamani tidak memahami situasinya, zamani menerangkan yang dia juga mengalami kesedihan yang sama apabila ibubapanya terlibat dalam kemalangan ketika dia masih kecil. Zamani berjanji akan bersama Mikha untuk mengisi kekosongan dihatinya. Namun segalanya musnah apabila Doni yang merupakan tunangan Mikha sejak kecil pulang dari melanjutkan pelajaran di overseas berjumpa dengan Mikha di Sabah. Ini menyebabkan zamani patah hati lalu cuba melarikan diri dari Mikha. Akhirnya Mikha membuat keputusan untuk memutuskan hubungannya dengan Doni di Jakarta dan Doni menghormati segala keputusan Mikha, mereka menganggap hubungan mereka hanya sesuai menjadi adik beradik sahaja.



                                              saat cinta berputik...hikhikhik




Mikha terus pulang ke Sabah untuk memberitahu zamani hal sebenar dan mahu menjalin hubungan cinta mereka yang tengah hangat. Namun, Mikha terlambat kerana zamani telah membuat penererbangan untuk menghantar barang, dengan bantuan amran iaitu rakan sekerja zamani dapat juga Mikha menghubungi zamani. Tiba-tiba helicopter yang dipandu zamani hilang kawalan lalu terhempas di belukar, Mikha panik apabila dan hanya mampu menangis. Setelah Zamani dijumpai dan dibawa ke hospital, keadaan Zamani begitu kritikal. Akhirnya Zamani tidak dapat diselamatkan, Mikha bersedih atas pemergian Zamani dan menjadikan cinta mereka sebagai kenangan paling indah. Sekian.


                                          Mikha panik, Zamani kemalangan









PENGARAH
Ahmad Idham






















LAKONAN


Olivia (cun la..kalah intan kan adli??hahaha)














Kamal Adli(ensem kan?)



serta

Felix Agus
Eizlan Yusuf
Cat Farish



Korang..aq bkn nak rosak movie ni..aq wat riview tak bermakna korang tak perlu tengok k?? aq nak share je..kalau korang nak rase mcm mane feel tgk cite ni..g la tgk sendiri k??

k Bye2............

No comments: