*iklan*

lovaahhhh!

Selamat Datang~..

Friday, September 28, 2012

Mangsa FESYEN??? oh TIDAKK!

Assalamualaikum, korang jgn marah aq lak buat tajuk mcm tu..aq pon mcm tu jugak, kadang2 jadi mangsa fesyen. Aku kecik lagi dah pandai melaram, yang peliknya siang aq pakai selekeh..malam nak tidur siap bedak, pakai baju lawa..nak tidow je pon..kakak aq gadow ngn aq gi panggil G.. mane aq x hangin tarik rambut dia sejauh 7km, heret je *pdn muke kaw*....aq dulu kasar sangat, sape sangka buka ala2 lelaki leh jadik ayu sekarang...
hohohoho..STOP k? nanti mak bf i bace x jadi buat menantu..

Sebenarnya macam ni, aq dah keje dekat setahun tp baju masih macam budak darjah 5 je..simple just sua jeans n t-shirt...bukan xde duit tp betapa buta nye fesyen aq ni..ada juga beli dress tp x pernah pakai sb malu la pulak (malu sb dulu cam laki). Lepas aq usha blog qalaqisya, sepet, fatin liyana n macam2 gi..aq mula belajar menerima kejadian Allah swt..aq nak cuba segala dress, segala pakaian wanita (bukan pakaian dalam, kang meninggal cicak jiran tgk aq)

Dua ari lepas my bf gaji, huhuhu..Aq paw dy baju..semalam ntah ape baik lak dia ajak g beli bkn 1 tapi dua tau x?? sempat g kedai ashanim dress lab di Gian Hypermarket Shah Alam..murah n cantik baju dia..tu cadang nk beli lg banyak2..best ada diskaun kalau beli banyak..

ni dia..

                                      ni jaket lame aq nak tp skang baru ada



sebenarnye aq nak baju pretty please tp aq comment fb dy xpernah balas..b'bulan2 so sebelum frust aq beli ni walaupon x seindah pp punye dress.. 

nanti aq pakai aq tunjuk korang..skang x dating mcm mane nak pakai,,
k bye!

Assalammualaikum semua..sihat?hope semua sihat..berbalik pada tajuk diatas, sy setuju nak buat header untuk kawan2 blogger..sy x mintak bayaran..just join blog sy n follow sy...ok kepada sesiapa nak minta sy buatkan header sila tinggalkan maklumat anda seperti:-

nama blog  :.........
emel          :.........
warna fav. :.........
Max 2 gambar juga sila emel ke grapeladymyra@yahoo.com..Nanti sy pilih mane ok
* Design sy yang pilih..Hanya simple je free tp kalau nak citarase sendiri (cerewet) sy terpaksa minta bayaran. Segala kesilapan teknikal harap dimaafkan, kalau x ok leh gtau sy n nanti sy buat lain..

K bye

Thursday, September 27, 2012

Tak Susah Pon..

Assalammualaikum semua..selamat ptg ye? kenape ye tajuk aq kali?pelik..ni mcm pemurah hati je bunyik nye kan..?hehehe..jgn puji sgt k..ptg ni just nak update 1 lagi header untuk sepet tu..dy req nak solo punye header..wori orang cakap dia dah kawin..dun wori, sy sudi tlg..tak susah pon (ha kan..ayat dh same tu..)

so buat sepet, terimalah....

hahaha..macam nak tuju lagu lak kan..?

k gud nite..(malam ke??)

Just Married







    nantikan entry ni..walaupon basi tp kenangan terindah pasti indah n x lapuk di zaman..hehehe........

Tuesday, September 25, 2012

Header Lagi kan..?

assalamualaikum..selamat petang semua..ptg ni aq juz nak update 2 header untuk blogger fav aq..hehehe..so sape2 nak header just klik add fwen k?


                                                       ni kak yani...sila tgk k?nti i send kat u k..

ni lak cik sepet

hahaha..ni cik puan punye...


sape2 nk header sila tglkan msg n add sy k?bye

Thursday, September 13, 2012

Takziah Buat Family Arwah Yasmin Hunwick

Assalamualakum, pagi tadi aq saje gatal seach google sal sorang blogger yang g ke rahmatullah..







ni la akhbar pasal gadis 17 tahun yang telah meninggal

Khabarnya arwah meninggal akibat kemalangan setelah merajuk dengan ayahnya, ayahnya juga kesal dengan memaksa anaknya itu berkongsi bilik dengan anak perempuan bongsu nya. apa-apa pon ajal maut di tanganNya dan harap ayahnya berhenti mempersalahkan diri sendiri, jika bukan eksiden maybe di pergi cara lain...buat keluarga arwah, tabahkan hati dan berdoa agar arwah ditempatkan golongan orang yang beriman..AL-FATIHAH..

Tuesday, September 11, 2012

F&N Buah-Buahan Flashy Fruitade





Hye korang haus x?? aq pon..bila time dahaga macam ni sudah pasti korang mahukan sesuatu air yang sejuk, fresh dan sedap. So aq nak kongsi resepi F&N Buah-Buahan Flashy Fruitade dengan korang..jom mulakan..

3 kg gula pasir (3 kampit)
1 botol kecil pati oren sunquick (500g nak ori oren)
1 botol esen pisang
½ botol pewarna hijau (nak selain pandang..elok yang xda bau pape)
Air secukupnya.

Cara Memasak:
1. Ambil periuk, masuk sedikit air dan tuangkan 3kg gula pasir itu tadi. Masak dengan api yang sederhana. Kacaukan.
2. Apabila memdidih perlahankan api. Masuk pati oren sunquick tadi. Biarkan mendidih.
3. Masuk pewarna hijau. Kacau dengan perlahan.
4. Akhir sekali, masuk esen pisang. Tutup api dan biarkan sejuk.
5. Sedia untuk dibancuh bersama air dan sedikit ais.




MENU HARI INI :)

Assalamualaikum semua, korang sihat x?hope korang sihat2 selalu..mane yang x sihat tu rajin2 la makan ubat k?semoga cepat sembuh. So aq xnak banyak merapu, kadang2 orang x suke kan? K aq nak kongsi beberapa resepi ngan korang, aq xda la pandai masak tapi aq rajin belajar masak..so ape tunggu lagi, jom main masak2…



MENU PERTAMA

IKAN SIAKAP 3 RASA


Bahan-bahan:

1 ekor ikan siakap di cuci bersih (besar)
3 ulas bawang putih  (ditumbuk)
3 biji cili padi (diketuk)
2 sudu sos cili
½  sudu sos tomato (kalau nak tomato pure lagi baik)
4 sudu sos tiram
gula dan perasa..

Bahan-bahan Hiasan:
½ biji bawang dipotong dadu (kalau nak letak banyak pon boleh)
½ inci halia dipotong halus (halia jgn diblen nanti pahit)
sedikit cili merah dan hijau (dihiris)
nenas (dipotong dadu)
tomato (dipotong 6)



Cara Memasak:
1. Gaulkan ikan siakap bersama kunyit dan garam, gorengkan. Tos.
2. Tumiskan bawang putih dan cili padi bersama-sama sos tadi.
3. Ambil sedikit air dan bancuh bersama tepung jagung (kalau dah melekat n likat xperlu letak tepung jangung dah) dan masuk ke  
    dalam kuali .
4. Masukkan sedikit gula dan garam serta bahan hiasan tadi. Kacau sampai masak.
5. Padamkan api dan tuang kuah ke atas ikan tadi




                                
                                YUMMY..YUMMY~ SELAMAT MENCUBA...!





SAMBAL TEMPE IKAN BILIS

1 kampit tempe (dipotong nipis)
Sedikit ikan bilis
Sedikit kacang tanah
2 biji kentang   ( juga dipotong)
3 sudu cili puteri
1 bawang besar (dipotong melintang)
2 ulas bawang putih
Sedikit gula dan kunyit
Minyak masak

Cara Memasak:
1. Gaulkan tempe dengan kunyit dan sedikit garam, gorengkan bersama ikan bilis dan kacang tanah sampai garing dalam kuantiti 
    minyak yang banyak . Toskan.
2. Keluarkan sedikit minyak tadi. Tumiskan bawang2 tadi bersama cili puteri dan gula. Masuk sedikit air.
3. Bila cili sudah kering masuk bahan yang ditos tadi seperti tempe, ikan bilis dan kacang tanah. Kacau rata.
4. Padamkan api. Sedia dimakan sebab kalau sejuk x rangupla kan?.. 
























                   
                       NI LA FAV BF I..SO APE LAGI JOM MASAK...! HEHEHE..

Monday, September 10, 2012

Alpha Lipid SD 2

Assalamualaikum..petang ni aq nak buat review product..produk kuruskan badan yang makin hanggat di pasaran. Actually my bf request me to search this product, so aq dengan confident menaip produk ini kat google, rata2 pengguna produk ini berpuas hati dengan hasilnya..so meh review  sal Alpha Lipid SD 2..

 

Kelebihan

Formula baru ini dapat memberikan kesan 2x ganda lebih hebat daripada SLIM DIET 2.. Formula terbaru ini juga diperkayakan dgn kandungan green tea+fiber+high protein+ 9 jenis essential asid amino+11 vitamins+12 minerals.. ALPHA LIPID SD II ini dapat bantu anda turunkan berat badan dengan pastas sebanyak 5kg seminggu dengan hanya 1tin sahaja..
Cara penggunaannya sama dengan SD2 iaitu.. minum 2 scoop 4x sehari sebelum makan dan pastikan anda jangan berlapar.. Lebihkan makan protein iaitu ayam, ikan, daging, telur, seafood dan sayur… Harus kurangkan karbohidrat (makanan yang ada kanji, gandum, beras) jika inginkan kesan yang optima.. Perlu minum air 2-3 liter sehari supaya lemak-lemak yand dah dibakar dalam badan tu dapat keluar melalui air kencing atau berpeluh..


Kebaikan


Mempunyai kesemua yang anda perlukan untuk mempercepatkan proses penurunan berat badan dengan begitu efektif dan mengekalkan kelangsingan dalam jangkamasa panjang!

KELEBIHAN KANDUNGAN ALPHA LIPID SD2:-

1. MEMPUNYAI TAMBAHAN EKSTRAK GREEN TEA

- Membantu meninggikan metabolisma
- Meningkatkan penggunaan tenaga
- Merangsang badan membakar lemak
- Bahan Antioksida yang kuat
- Pemeliharaan Jantung
- Antibacterial & Antiviral

2. MEMPUNYAI TAMBAHAN SERAT

- Membantu sistem penghadaman (melawaskan)
- Memberi rasa kenyang lebih lama (elak gastritis)

3. MEMPUNYAI FORMULA TINGGI PROTEIN

- Memperbaiki jisim otot
- Meningkatkan metabolisma

4. MEMPUNYAI ALPHA LIPID FORMULA

- Formula ALPHA LIPID untuk penyerapan nutrien2 dan vitamin yang lebih baik!

5. SEMUA INI BERFUNGSI UNTUK MENJADIKAN

-Tiada kesan kelaparan terlampau
-Tiada ketagihan kepada makanan berkarbohidrat dan manis
- Kawalan gula darah lebih baik
- Merangsang tindakbalas insulin yang lebih berkesan
- Lebih bertenaga (Tiada keletihan ketika berdiet)
- Memelihara jisim otot dan ton kulit (Tidak mengendur)

Anda pasti teruja jika anda tahu! Cubalah sekarang,
*Hanya lemak sahaja dibakar sebanyak 100% dan tiada gangguan otot
* penurunan berat badan secara purata adalah sebanyak 2kg hingga 5 kg seminggu (penggunaan 1 tin)



















tunggu ape lagi??dapatkan sekarang...