Mata Dhia memandang ke arah jam di dinding. “dah pukul 1.00 pagi, kenapa aku tak boleh tidur ni..” keluhan hati Dhia, sepatutnya waktu itu dia sudah dibuai mimpi tetapi entah mengapa malam itu Dhia mengelamun panjang hingga ke pagi. Dhia seolah-olah sedih dan binggung mengenangkan nasib akan dirinya, airmatanya mengalir deras disamping memeluk potret ibu dan ayahnya.
Dhia seorang gadis yang sangat cantik periang, bijak dan mempunyai tarikan yang tersendiri sehingga mampu memikat si jejaka. Tamat sekolah menengah adalah impian Dhia kerana baginya menjadi pelajar adalah membosankan dan membebankan, tambahan pula matapelajaran yang susah membuatkan Dhia berfikiran sebegitu. Banyak pengalaman dan pengetahuan yang dia pelajari di sekolah itu dan itu termasuk hatinya terluka dek cinta pandang pertama di situ.
Selepas tamat SPM, Dhia masuk kea lam pekerjaan walaupun dapat tentangan dari keluarganya, beberapa kali Dhia tertengkar dengan orang tuanya angkara mahu bekerja namun melihat kesungguhan Dhia, akhirnya dia direstui untuk bekerja. Pengalaman, kawan-kawan serta kemewahan Dhia kecapai selama 1 tahun lebih berakhir apabila ibu dan ayahnya memaksa dia untuk menyambungkan pelajaranya di sebuah kolej. “argh! Ala Dhia tak nak belajar lagi, otak Dhia tak boleh study dah..Dhia mahu kerja boleh kumpul duit..ayah..!” bentak Dhia, ayahnya hanya menggelengkan kepala melihat anaknya itu. “ape yang Dhia mampu beli?gaji Dhia takkan mampu tanggung Dhia nanti..sekarang Dhia budak lagi Dhia tak paham…sudahlah, keputusan ayah muktamad! Dhia jangan nak bantah atau Dhia nak ayah hukum Dhia..?! ” tegas ayahnya sambil bangun menuju keluar rumah. “Ibu!” Dhia memeluk ibunya yang duduk disebelahnya…ibunya hanya mampu diam kerana dia hormat akan keputusan suami.
Hari makin mencemburuinya, sisa-sisa waktu bersama kawan-kawan dihargai, Dhia yang terpaksa memenuhi permintaan ayahnya untuk menyambungkan pelajaran. Mila, Ema, Nadya dan lain-lain pasti terasa akan kehilangan Dhia, gelak tawa dan gurau senda Dhia akan tidak lagi kelihatan. Dhia memeluk kawan-kawanya.. “Korang..Dhia minta maaf tau?Dhia terpaksa ikut cakap ayah Dhia..Dhia tak mahu derhaka..korang jangan lupa contact Dhia tau?Dhia mesti bosan jauh dari korang..” Dhia mengalirkan airmatanya..lalu Mila memegang erat tangan Dhia sambil berkata “Dhia belajar rajin-rajin tau?nanti jangan lupa kami kat sini..kalau Dhia cuti call la kami boleh keluar..kami sayang Dhia..” pelukan semakin erat, seerat kasih sayang antara persahabatan mereka..kata-kata semangat kawan-kawan mengiringi perjalanan Dhia ke kolej.
Pada pagi itu Dhia bangun awal awal, perjalanan rumahnya menuju ke kolej barunya mengambil masa 4 jam, tambahan pula sesi pendaftaran pelajar seawal 8.00 pagi hingga 11 pagi, bimbang terlewat sampai ke kolej memaksa mereka keluar rumah 6 pagi..3 beg yang berisi pakaian dan barangan Dhia dimasukkan ke dalam bonet kereta..perjalanan diteruskan, ayahnya memandu kereta dengan cermat, hari bekerja sudah pastinya pagi jalan sesak. “Dhia, kat kolej nanti jangan keluar-keluar, jangan lupa solat..jaga kelakuan k?nanti jauh ngan ibu dan ayah..kami tak tahu keadaan Dhia kat sana..” ujar ibu Dhia. Dhia hanya mengangguk kepala tanda memahami pesanan ibunya itu. Selesai pendaftaran dan mendapat tempat tinggal yang sempurna, semua ibubapa berangkat pulang termasuklah ibu dan ayah Dhia, Dhia menangis tanda dia tidak sanggup berjauhan dari ibu ayahnya, namun tangisannya tidak diendahkan kedua orang tuanya itu sambil melambaikan tangan tanda perpisahan sementara, lambaian tangan mereka berakhir apabila kelibat kereta ayanhnya tidak lagi kelihatan. Sepanjang petang itu Dhia menung dan menangis. Kawan sebilik Dhia, Aqila memandang arah Dhia namun tidak diendahkannya.
“Awak..jom kita pergi makan?kawan-kawan lain sudah tunggu awak diluar.” Aqila menyapa. “Aku tak lapar!” balas Dhia sombong, kesedihanya tidak tertanggung hingga menyakitkan rakan yang akan menemaninya sepanjang di situ. “emm..takpelah, saya belikan awak nasi k?” Aqila beralah tidak mahu memaksa Dhia,, dia seakan-akan memahami keadaan anak manja seperi Dhia bila terpaksa berjauhan dari kedua orang tuanya. Baginya dengan menghiburkan hati Dhia boleh membuat Dhia lega. Mereka menuju ke sebuah restoran di seberang jalan. Selesai makan malam, mereka pulang ke rumah sewa kolej yang dibayar 350 seorang. Seperti yang dijanjikan, Aqila ,membawa sebungkus nasi goreng ayam bersama teh ais. “Awak bangunlah..mandi dan makan, saya ada belikan awak nasi goreng dengan the ais.. saya tengok dari petang tadi awak nangis..kenapa ni?” Lembut alunan suara Aqila memujuk rakan sebiliknya itu. Dhia berhenti menangis lalu memandang ke arah Aqila..hatinya lembut dengan pujukan gadis itu, lalu dia meluahkan perasaan sedihnya terhadap Aqila. Aqila angguk kepala seolah-olah memahami apa yang dirasai oleh Dhia. Sejak dari hari itu mereka berkenalan dan menjadi akrab seperti adik beradik sehingga menimbulkan perasaan cemburu oleh rakan-rakan yang lain.
*****************************Bersambung********************************************