*iklan*

lovaahhhh!

Selamat Datang~..

Friday, December 30, 2011

karya aku

Benar naluri seorang ibu itu selalunya tepat. Sebagai anak kita patut mendengar segala nasihat ibu, ini kerana tidak semua keputusan yang kita buat adalah betul. Tambahan pula tanpa restu ibu bapa tiada ada faedahnya sebaliknya kita terpaksa memikul beban yang amat berat kelak. Bagi isan yang tidak memahami apa itu dosa iaitu Pyka (bukan nama sebenar)  segalanya tidak diendahkan, atas dasar cinta dia rela melakukan perkara yang keji sehingga menggadaikan maruah sendiri.

Perkenalan antara pyka dan Amirul (bukan nama sebenar) hanya dalam beberapa minggu sahaja, ia adalah tempoh yang terlalu singkat untuk si gadis ini mempercayai seseorang terutama lelaki yang tidak dikenalinya. Hanya melemparkan janji-janji manis serta kata-kata yang mampu membuat hati seorang gadis yang hanya belasan tahun. Setelah kelakuan aneh Pyka dapat dirasa oleh seluruh keluarganya, ibu dan bapanya menyiasat disebalik perubahan sikap Pyka yang makin biadap dan degil, dia selalu mengabaikan nasihat ibunya bak kata pepatah air dicurah ke daun keladi. Hubungan Pyka dan Amirul dapat dihidu oleh ibu bapanya dan mereka mengambil keputusan untuk memindahkan Pyka ke sekolah lain dan menetap di rumah makciknya. Rumah makcik Pyka jauh dari ibu bapanya, ibu bapa Pyka berharap sekiranya mereka menjauhi Pyka dari kekasihnya, pasti sikap Pyka akan bertambah baik tetapi Pyka ingkar setelah mendengar perbualan telefon antara ibu dan makciknya, Pyka nekad untuk melarikan diri. 

Sewaktu ibubapanya sedang nyenyak tidur Pyka membawa beberapa pasang baju serta mengambil wang dalam sampul surat di atas peti sejuk yang merupakan wang perbelanjaan dapur sebanyak RM200 dan keluar mengikut pintu belakang. Bagi Pyka rumahnya adalah neraka baginya, Pyka tersenyum gembira setelah melangkah keluar dari pintu, hatinya berasa lega dan bebas. Dari jauh kelihatan kelibat Amirul sedang menanti di hujung jalan. Kali ini Pyka dibawa ke rumah sewa bujang Amirul bersama rakan-rakanya, kegembiraan pasangan kekasih ini disambut dengan perbuatan zina yang dilaknati Allah SWT.

Pyka keesokan harinya ketika ibu Pyka mahu mengambil pakaian kotor di bilik anak bongunya itu, dia menyedari ketiadaan Pyka. Ibunya memanggil bapanya untuk memberitahu perkara itu, keadaan cemas dan sedih memberlenggu seluruh isi rumah itu. Ibunya bagai mahu gila tidak dapat menerima kehilangaan anak kesayangan itu.Setelah 24jam tidak menemui Pyka, ibu bapa Pyka mengambil keputusan untuk melapor kepada pihak polis atas kehilangan anak kesayangan mereka.

Sudah sebulan Pyka bersama Amirul, kepuasan dan keseronokkan bebas seperi burung. Tanpa diduga Pyka mengalami munta-muntah serta pitam, dia mengadu kepada Amirul tetapi tidak diendahkan.. hatinya mula risau dan berkata adakah dia hamil. Setelah membuat ujian kehamilan menggunakan alat “Pregnancy Test” yang dibeli oleh Amirul difarmasi telah mendapat kesahihan yang dia mengandung. Sejak dari saat itu sikap Amirul mula berubah sehinggalah dia diusir keluar dari rumah itu. Segala janji-janji yang pernah dilemparkan oleh Amirul terhadapnya adalah palsu belaka. Pyka melankah keluar dengan mengusung perut 4 bulan yang makin membesar itu, air mata sesal yang mengalir membasahi pipinya tiada gunanya lagi kerana ia sudah terlambat, kata orang bangkai gajah mana boleh tutup.  Pyka buntu, wajah ibunya mula terbayang, kesayupan tangisan telah merebahkan tubuhnya di atas jalan.

Pyka membuka mata setelah sekian lama pengsan, dia terkaku apabila terpandang wajah ibu dan bapanya di hadapanya, airmata mula mengalir. Bertubi-tubi kemaafan dipinta oleh Pyka terhadap ibu bapanya, jeritan Pyka seolah-olah bagai dirasuk syaitan dan tangan menumbuk perut yang kian membesar itu sambil menyatakan kesesalannya dan kebencian terhadap kandungannya.Inilah dikatakan menyesal dahulu pendapatan menyesal kemudian tiada gunanya.

Kini Pyka ditempatkan di pusat pemulihan bagi menjalani proses pemulihan akhlak sehingga dia benar-benar insaf. Kelahiran bayi dalam kandungannya dinanti dengan begitu tabah, perasaan sayang terhadap bayi itu mula datang. Pyka berazam untuk menjaga anak itu kelak, biarpun Amirul menodai cintanya tetapi dia bersyukur kerana mempunyai zuriat dari insan yang teramat disayanginya, cinta Pyka terhadap Amirul terlalu dalam sehingga dia sanggup memaafkan dan melupakan perbuatan kejam Amirul terhadapnya dan berharap Amirul akan kembali kepadanya dalam apa jua keadaan sekalipun kerana cinta terhadap Amirul terlalu suci……….

***********************************TAMAT************************************